Ahad, 17 Oktober 2010

Keadaan Politik Kini Kusut

Salam Sejahtera....


Blog ini diterbitkan bukan nak sokong mana-mana pihak. Tetapi keadaan politik sekarang di Malaysia kini kian kusut. Ibarat kita akan dijajah semula oleh British. Blog ini diterbitkan atas dasar memperjuang ape yang benar. Jika kita muhasabah diri, pasti kita akan terasa diri kita telah ditipu dan kita haruslah bertindak dengan betul. Didalam blog ini saya membahasakan diri saya aku @pun gua. Jangan sakit hati atau terasa. 


Ok, kita bermula dengan perkara yang terbaru. Berkenaan Laporan Bajet 2010. Jom kita lihat sini klik


Didalam website azminali.com perbahasan berkenaan bajet 2011. klik Beliau berkata "YB Menteri Kewangan Kedua telah membuat kenyataan media bertarikh 26 Oktober 2009 bahawa Kerajaan mengalami kerugian berbilion ringgit akibat ketirisan kerana terlibat dalam pembelian dan perolehan pada harga melampau dan tidak menepati spesifikasi dan piawaian.


Macam mana kita nak buat sekarang....?


Jika UMNO sekarang, membelanjakan wang rakyat ke tempat yang tidak betul, maka kita akan jadi seperti indonesia hari ini. Kerajaan membazirkan duit untuk kepentingan peribadi. Dulu masa pemerintahan Tun Dr. M, kita tidak seteruk sekarang... Ramai yang tidak suka dengan Tun Dr. M. Memang semua orang ade buat silap. Jom kita lihat profil Tun Dr. M klik.


Korang dah baca...? Salah seorang diantara pemimpin yang tidak pernah putus asa. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan seorang pemimpin boleh mengangkat nama Malaysia dalam masa sekejap. Beliau seorang yang berpandangan jauh...sejak beliau mengundurkan diri, gua dah risau lepas ni, sape yang akan boleh control Malaysia. 
Kita Flashback balik dari awal....



Orang banyak ikut format R.A.H.M.A.N.....ape itu...?




R : TUNKU ABDUL RAHMAN
A : ABDUL RAZAK
H : HUSSEIN ONN
M : MAHATHIR
A : ABDULLAH
N : NAJIB





Kita mula dari Tunku Abdul Rahman yang telah dapatkan kemerdekaan oleh pihak Britsh. Padahal, sebelum datangnya British, kita tidak pernah jijah pun...bagaimana perjanjian tersebut...?
Sampai bila perjanjian itu akan diikut...? Betul ke kita telah merdeka....?
LU FIKIR LA SENDIRI......


Korang tengok sendiri gambar masa sambut hari kemerdekaan dekat STADIUM MERDEKA.



Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1956. Bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, pengisytiharan kemerdekaan ini dibaca di hadapan Raja-Raja Melayu dengan disaksikan oleh 20,000 rakyat tempatan, 26 perwakilan asing serta 21 tetamu khas. Selepas membaca Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tunku mengangkat tangan dan melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat dan laungan itu mendapat sambutan daripada hadirin dengan pekikan gemuruh sehingga menggegarkan suasana stadium. Majlis diteruskan dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu oleh Angkatan Tentera Laut diiringi lagu kebangsaan “Negaraku’ dan bedilan meriam sebanyak 101 das. Acara penuh emosi disambung dengan laungan azan sebagai tanda kesyukuran berakhirnya sebuah penderitaan yang panjang. Peristiwa ini juga menandakan lahirnya sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat.



Bendera UNION JACK diturunkan oleh siapa....? Orang Melayu....?
Mana pergi British....? hahahaha....Kenapa dorg tidak turunkan sendiri....? LU FIKIR LA SENDIRI....


Jepun serah kuasa....KEMANA PERGI RAJA-RAJA MELAYU...? Kenapa Jepun serah kuasa dengan British...? Cuba tengok dan lihat semula... Mana pergi MARUAH MELAYU...? Diantara British dengan Jepun mesti buat perjanjian. 


Tiada ulasan:

Tengok Video Nie...